Pena Padi

Penerbitan Buku

Konsultansi Penulisan

Printing Bahan Cetak

Workshop/Seminar

Hi, Selamat datang,
Penerbitan Buku, Konsultansi Penulisan dan Percetakan.

Pena Padi adalah sebuah syarikat penerbitan yang menawarkan khidmat penerbitan buku self publish, konsultansi penulisan dan percetakan buku. Tiga P's adalah ruang skop utama kami dalam membantu klien menghasilkan karya dan menjual karya mereka di pasaran terbuka, 3 P tersebut adalah "PENULISAN", "PENERBITAN", dan "PEMASARAN". Pena Padi juga aktif dalam menganjurkan seminar resensi buku dan workshop "sharpen the saw" bagi mengasah bakat dan menambah skil penulisan dan skil jualan bagi memenuhi keperluan semasa.

What We Do
Penerbitan Buku

Pena Padi menawarkan perkhidmatan penerbitan buku secara self-publish. Team kami akan menambah nilai dengan memberi konsultansi terbaik sesuai dengan kehendak klien

Konsultansi Penulisan

Proof Reading dan Content Editting adalah antara perkhidmatan yang kami tawarkan. Manuskrip akan dibedah dan ditambahbaik sesuai dengan kehendak pasaran.

Ghostwriting

Pena Padi menawarkan perkhidmatan penulisan buku dari kosong sehingga siap untuk klien. Team kami akan mengadakan sesi interview bersama klien dan kami membantu menulisan dan melengkapkan penulisan.

Percetakan

Percetakan buku serendah 100 unit adalah antara pakej yang ditawarkan. Pena Padi membantu mencetak buku klien mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pastinya Pena Padi akan turut memberi konsultansi percuma mengenai percetakan sesuai dengan keperluan klien.

Seminar/Workshop

Pena Padi menawarkan slot Bicara Inspirasi dunia penulisan, Sesi Resensi bedah buku penulis dan workshop pilihan berkaitan penulisan, penerbitan dan pemasaran buku.

Design

Kami membuka tawaran design cover buku dan design layout dalaman buku sebagai book grooming agar buku yang dilahirkan mampu menarik perhatian sasaran pelanggan.

Recent Works

AKAN DATANG: SAYONARA KAMPUNG BAHRU



Karya terbaru Kaizan Nazlan berjudul "Sayonara Kampung Bahru" bakal terbit tidak lama lagi. Buku terbitan Pena Padi ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember 2018.

Kampung Bahru? siapa yang tidak tahu. Sebuah perkampungan melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sering kali menjadi perhatian pelabur-pelabur hartanah dan kunjungan pelancong-pelancong luar.

Mana tidaknya, dek kerana faktor lokasinya yang berada di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur menjadikan ia unik di mata ramai. 

Selain daripada itu Kampung Bahru turut dikenali sebagai port syurga makanan. Setiap hujung minggu pasti penuh dan padat.

Namun apa yang ingin diketengahkan dalam buku ini bukanlah soal lokasinya yang strategik dan bukan juga soal makanannya yang sedap. Ia lebih daripada itu.

Dalam buku "Sayonara Kampung Bahru" ia bukan sahaja mengenai mengenai kampung melayu itu. Tetapi penulis mengetengahkan isu-isu panas yang dialami oleh kaum melayu bumiputera di Malaysia.

Nantikan sesi resensi "Sayonara Kampung Bahru". Untuk mengetahui lebih mengenai buku yang bakal mengundang kontroversi ini.



*****


"Khasiat buku ini adalah anda akan merasa pahit dengan kebenaran, manis dengan kejujuran. Kedua-duanya adalah ubat memberi kebaikan kepada akal fikiran"

Tiga prolog dikongsikan sebagai buah mula pembacaan buku ini.

PERBEZAAN APABILA CINA DAN MELAYU MATI
“Satu Cina mati, satu jutawan dilahirkan, satu Melayu mati, satu tanah terpaksa digadaikan” Begitulah kata-kata seorang kenalan berbangsa Cina.


ANTARA DUA DARJAT
“Tanah ini dulunya milik kita, tetapi banyaknya pemilik condo-condo ini bukanlah dalam kalangan orang melayu kita. Tetapi orang-orang luar yang bekerja dan menetap di Malaysia. Hanya mereka yang berduit dan orang berpangkat yang duduk di condo itu”


KALAU BUKAN KITA MENGANGKAT, SIAPA LAGI? 
Tidak perlu untuk sajikan pulut kuning dan bunga telur di setiap majlis keramain untuk mengatakan kita ini melayu. Tidak perlu juga menjunjung keris dan megucupnya di setiap perhimpunan untuk menunjukkan kita ini pejuang melayu.

Tetapi cukuplah dengan memperbaiki “janji” kita.
“JANJI MELAYU”


TRAVELOG USAHAWAN MUDA MEMBAWA KISAH REALITI DUNIA KEUSAHAWANAN




“Ini drama realiti bukan drama TV” inilah kata-kata yang tepat bagi menggambarkan intipati penulisan buku ini.

Ia bukan buku penyedap rasa seperti drama TV yang semuanya indah-indah belaka, tetapi penulis menukilkan kisah realiti susah senang bergelar seorang usahawan yang bermula dari kosong.
Travelog Usahawan Muda merupakan kisah perjalanan hidup penulis mencari hala tuju dalam bidang perniagaan.
Penulis sendiri menukilkan catatan travelog dirinya menempuhi zaman perit getir sehingga membuatnya hampir menyerah kalah.
Pelbagai jenis perniagaan yang telah diceburi oleh penulis untuk memastikan impiannya tercapai.
Namun banyak kegagalan demi kegagalan yang beliau hadapi.
Mengapa penulis mahu terus melalui jalan ini walaupun sedar ia adalah jalan yang sukar dan memenatkan?
Kerana beliau yakin setelah datangnya kesusahan pasti adanya kesenangan.
Walaupun sering kali gagal, beliau tetap mahu bangkit dan terus mencuba lagi. Sehinggalah kejayaan tercipta sedikit demi sedikit.
Buku ini juga menyentuh cerita-cerita zahir dan belakang tadbir dunia perniagaan hari ini yang perlu diketahui oleh semua orang.
Agar ia menjadi panduan dan pengajaran buat insan-insan yang akan, sedang dan telah menceburi bidang perniagaan.
Penulis turut memberikan dorongan motivasi kepada pembaca supaya tidak mudah berputus asa dalam dunia perniagaan.
Kerana kegagalan itu bukan lawan kepada kejayaan tetapi sebahagian daripada kejayaan.
“Untuk berjaya seseorang usahawan itu perlu gagal”.
Menyimpulkan nukilan ini, satu pesanan utama yang ingin dibawa kepada pembaca ialah “Jalan Terus!”
Bagi mereka yang ingin memiliki naskah ini boleh terus hubungi penulis di page Pena Padi
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku Travelog Usahawan Muda.
 

KERATAN MEDIA: BICARA INSPIRASI BUDAK KELAS BELAKANG




BUDAK kelas belakang selalunya dipandang sepi dan bukanlah insan terpilih untuk disandarkan segala harapan. Segelintir orang berpandangan, cukup jika mereka tidak menyusahkan ibu bapa apabila dewasa kelak.

Dalam persekitaran sekolah yang tipikal, kedudukan kelas belakang atau dipanggil juga kelas tercorot lazimnya, terletak paling hujung. Penghuninya dilabel sebagai bengap, nakal, bermasalah dan tidak makan diajar.

Kadangkala suasana dinding bilik darjah penuh dengan contengan selain kesan vandalisme seperti penyapu patah dan papan kenyataan berlubang-lubang kesan tumbukan.

Ironinya, penulis naskhah berjudul Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang, Kaizan Nazlan, 27, melihat golongan itu mampu menjadi hebat dengan menjadikan dirinya lebih baik daripada semalam.

Budak kelas belakang sebenarnya mampu buat lebih daripada apa yang mereka fikirkan. Mereka cuma kurang motivasi untuk memajukan diri. Sistem pendidikan berorientasikan akademik turut menjadi cabaran untuk mengeluarkan potensi sebenar yang dimiliki.

Mentaliti budak kelas belakang tidak sekadar wujud di sekolah. Ia adalah analogi diri seseorang yang merasakan dirinya lemah dan ketinggalan namun mempunyai impian untuk menjadi insan yang lebih baik, katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya judul buku tersebut akrab dengan jiwanya sementelah dia pernah ditempatkan di kelas terakhir ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan St. John, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur sewaktu darjah enam.

Semasa itu saya memang tidak suka ke sekolah. Prestasi pelajaran begitu teruk. Membaca jawi dan al-Quran pun saya tidak tahu. Namun, saya masih ingat pada guru yang dipanggil Ustazah Siti Mariam yang sampai datang ke rumah mengajar saya jawi dan tajwid, ujarnya.

Bergiat aktif bidang kosultansi, Kaizan sering bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dan usahawan berjaya sehingga tercetus ilham untuk membukukan pengalaman yang dikutipnya selama ini.

Motivasi
Mengangkat slogan Kisah Orang Menang, karya bertema motivasi itu dibahagikan kepada 53 bab yang merupakan kompilasi penulisan berkaitan kewangan, perniagaan, kisah-kisah kejayaan usahawan dan kritikannya terhadap sistem pendidikan negara.

Saya bukan membicarakan soal guru atau tenaga pengajar, tetapi saya mengkritik budaya tidak boleh buat silap dan tidak boleh gagal. Sedar atau tidak kita sebenarnya dididik sejak kecil untuk takut pada kegagalan, ujar graduan Universiti Teknologi Mara dalam bidang Pengajian Perniagaan itu.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu turut berkongsi bagaimana sistem hutang boleh menjadikan manusia hamba kepada wang selain penelitian terhadap golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri dan amalan rasuah.

Pendek kata, buku ini merupakan sebuah penulisan yang membawa cerita-cerita benar untuk diteladani dan memberi inspirasi kepada khalayak dengan penggunaan bahasa santai.

Bak kata penulis, Dunia bukanlah penjara yang mengikat diri pada tempat kita sahaja. Hidup bukanlah kilang untuk kita melakukan perkara yang sama berulang-ulang. Mengembaralah menuntut ilmu dan berkongsilah untuk kita lebih memaknai sebuah kehidupan.

Sumber: Keratan Akhbar Kosmo! 

BUKU BUDAK KELAS BELAKANG LANGKAHNYA PANJANG



Buku ini merupakan kompilasi-kompilasi penulisan berkaitan kewangan, perniagaan dan kisah-kisah inspirasi keusahawanan mengisi jiwa. Banyak juga pengisian-pengisian yang dikongsi  adalah untuk menyentak jiwa bagi befikir untuk perubahan yang baik. 
Antara penulisan yang dimuatkan adalah berkaitan bagaimana sistem hutang boleh menghambakan manusia pada wang, bagaimana sistem pendidikan berat sebelah dipertikai dan bagaimana golongan bertali leher dan lebai menunggang agama untuk kepentingan mereka.
Naskah karya Kaizan Nazlan  berkongsi cerita-cerita manis pahitnya bergelar usahawan dan sukarelawan. Buku ini merupakan sebuah penulisan yang membawa cerita-cerita benar untuk diteladani dan menginspirasi dengan pembawakan yang santai dan bersahaja.
Tajuk ini dipilih kerana penulis sendiri merupakan budak kelas belakang. Moga perkongsian ini memberi pembaca sebuah harapan untuk terus melangkah kehadapan.

BUDAK KELAS BELAKANG MEMBAWA KEUNIKAN TERSENDIRI



Budak kelas belakang, 'signature' laku?

Apabila diberikan kulit buku ini, saya teringat hukuman Cikgu Chandra selaku guru disiplin selepas kami terlibat dalam pergaduhan kecil di sekolah.

Beliau arahkan kami 'menjunjung' kerusi mengelilingi bangunan sekolah dan diperhatikan ramai pelajar pelbagai tahap.

Pap!

Ini bukan cerita saya. Ini cerita orang lain. Tetapi kulit buku beliau mengingatkan saya kepada kerusi, cikgu Chandra dan SRK Jalan Kuantan 2

Dalam diam-diam alumni bengkel menulis buku umum di Kedah sudah dalam proses akhir menghasilkan sebuah buku yang menarik perhatian. Judulnya, Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang.

Lima perkataan yang menarik perhatian pada tajuk sudah menaikkan tumpuan.
Tiba-tiba perkataan corot, gagal, lembam bertukar kepada lulus, sukses dan cepat dalam kehidupan sebenar di luar kelas.

Ada 53 bab keseluruhan dan apa kata penulis berkenaan buku ini?

"Belakang parang jika diasah pasti akan tajam. Begitulah kata-kata yang tepat untuk ditujukan kepada golongan yang sering dipinggirkan terutamanya di medan akademik iaitu budak kelas belakang. Golongan yang hanya dipandang sebelah mata ini sebenarnya berpotensi besar melakukan perkara-perkara luar biasa," kata Tuan Kaizan Nazlan.

Apa yang Tuan mahu sentuh dalam 53 bab buku ini?

Ujar beliau, "Penulisan ini membawa pembaca melayari dan merasai kisah-kisah yang disulami rasa manis dan pahit bergelar pelajar, usahawan dan sukarelawan. Buku ini merupakan himpunan cerita-cerita benar yang bakal menerokai, menginspirasi dan mengubah hidup pembaca."

Saya tidak tahu, tetapi boleh ikuti rapat pembaca yang sudah menjadi penulis di Facebook beliau, Kaizan Nazlan. Tanya pada beliau.

Pada waktu sekarang yang turun naik, berkawan-kawan di Facebook dengan orang yang membesarkan jiwa dengan segenap penuh usaha. Ini akan memberi kekuatan pada kita juga. Nama beliau salah seorang daripadanya.

Zamri Mohamad
kursuspenulisan.com



BUKU HAJI IFRAD PENUH PANDUAN DAN PENGALAMAN BERGUNA



Buku HAJI IFRAD: TAK SUSAH PUN 

Ramai yang beranggapan bahawa mengerjakan Haji Ifrad sangat susah, dan ramai sering kali ditakut-takutkan dikenakan dam yang banyak.

Buku ini menceritakan sebaliknya. Ia luar dari kebiasaan amalan haji.

Haji Ifrad: Tak Susah Pun ialah hasil projek bersama antara penulis Haji Khursani MK dan pihak Pena Padi. Proses penerbitan buku ini berjalan pada bulan Ramadan yang lalu dan membuahkan hasil yang memberangsangkan!

Inilah buku yang menceritkan mengenai perjalanan penulis sewaktu mengerjakan Haji Ifrad. Buku ini padat dengan panduan mengerjakan haji ifrad dan ia juga sarat dengan pengalaman penulis melaksanakan tuntutan Haji.

Buku ini amat sesuai dimiliki oleh para bakal jemaah haji dan sesuai juga dihadiahkan buat mereka yang bakal mengerjakan haji tidak lama lagi. Buku ini boleh terus dibeli melalui penulis di talian: 013-4531902

Anda mempunyai manuskrip & tidak tahu macam mana hendak diterbitkan? Ayuh, hubungi kami segera! Kami akan membantu anda dari A-Z


Pahit Jangan Terus Dibuang, Manis Jangan Terus Ditelan

"Pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan." Sebaris ayat yang membuatkan saya berbisik sendirian, 'Mendalam sungguh kata-kata penulis ini.'

Buku INILAH HIDUP merupakan kompilasi kisah hidup penulis, Puan Robizan Salim dan cukup sarat dengan pengajaran & motivasi. Kekuatan buku ini ialah ia lengkap dengan kisah sebagai seorang anak, remaja, anak dara, pelajar, pekerja, ibu sehinggalah beliau bergelar opah yang semuanya dilalui oleh seorang manusia bernama Robizan Salim.

Sewaktu menerima manuskrip ini untuk proses suntingan, kami amat tertarik dengan cerita-cerita penulis ketika era 60-an sehingga 90-an kerana saya belum wujud lagi ketika itu & masih kecil ketika era 90-an. Seronok membaca kisah-kisah orang dulu. Bahkan, cerita-cerita sebegini telah menjentik hati kami untuk menghargai kehidupan yang ada sekarang sebagai anak muda.

Untuk pengetahuan semua, buku ini dalam proses cetakan. Saya amat sarankan buku ini dimiliki oleh semua orang. Kami sudah membacanya berulang kali & puas dengan isi kandungannya. Sesiapa yang berhajat untuk memiliki buku ini, boleh terus hubungi Puan Robizan


Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Pena Padi Publication

Adress/Street

No 22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

Phone number

+(60)019-4501495

Website

www.penapadi.com

info@penapadi.com