Pena Padi

Penerbitan Buku

Konsultansi Penulisan

Printing Bahan Cetak

Workshop/Seminar

Tuesday, October 23, 2018

KERATAN MEDIA: BICARA INSPIRASI BUDAK KELAS BELAKANG



BUDAK kelas belakang selalunya dipandang sepi dan bukanlah insan terpilih untuk disandarkan segala harapan. Segelintir orang berpandangan, cukup jika mereka tidak menyusahkan ibu bapa apabila dewasa kelak.

Dalam persekitaran sekolah yang tipikal, kedudukan kelas belakang atau dipanggil juga kelas tercorot lazimnya, terletak paling hujung. Penghuninya dilabel sebagai bengap, nakal, bermasalah dan tidak makan diajar.

Kadangkala suasana dinding bilik darjah penuh dengan contengan selain kesan vandalisme seperti penyapu patah dan papan kenyataan berlubang-lubang kesan tumbukan.

Ironinya, penulis naskhah berjudul Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang, Kaizan Nazlan, 27, melihat golongan itu mampu menjadi hebat dengan menjadikan dirinya lebih baik daripada semalam.

Budak kelas belakang sebenarnya mampu buat lebih daripada apa yang mereka fikirkan. Mereka cuma kurang motivasi untuk memajukan diri. Sistem pendidikan berorientasikan akademik turut menjadi cabaran untuk mengeluarkan potensi sebenar yang dimiliki.

Mentaliti budak kelas belakang tidak sekadar wujud di sekolah. Ia adalah analogi diri seseorang yang merasakan dirinya lemah dan ketinggalan namun mempunyai impian untuk menjadi insan yang lebih baik, katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya judul buku tersebut akrab dengan jiwanya sementelah dia pernah ditempatkan di kelas terakhir ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan St. John, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur sewaktu darjah enam.

Semasa itu saya memang tidak suka ke sekolah. Prestasi pelajaran begitu teruk. Membaca jawi dan al-Quran pun saya tidak tahu. Namun, saya masih ingat pada guru yang dipanggil Ustazah Siti Mariam yang sampai datang ke rumah mengajar saya jawi dan tajwid, ujarnya.

Bergiat aktif bidang kosultansi, Kaizan sering bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dan usahawan berjaya sehingga tercetus ilham untuk membukukan pengalaman yang dikutipnya selama ini.

Motivasi
Mengangkat slogan Kisah Orang Menang, karya bertema motivasi itu dibahagikan kepada 53 bab yang merupakan kompilasi penulisan berkaitan kewangan, perniagaan, kisah-kisah kejayaan usahawan dan kritikannya terhadap sistem pendidikan negara.

Saya bukan membicarakan soal guru atau tenaga pengajar, tetapi saya mengkritik budaya tidak boleh buat silap dan tidak boleh gagal. Sedar atau tidak kita sebenarnya dididik sejak kecil untuk takut pada kegagalan, ujar graduan Universiti Teknologi Mara dalam bidang Pengajian Perniagaan itu.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu turut berkongsi bagaimana sistem hutang boleh menjadikan manusia hamba kepada wang selain penelitian terhadap golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri dan amalan rasuah.

Pendek kata, buku ini merupakan sebuah penulisan yang membawa cerita-cerita benar untuk diteladani dan memberi inspirasi kepada khalayak dengan penggunaan bahasa santai.

Bak kata penulis, Dunia bukanlah penjara yang mengikat diri pada tempat kita sahaja. Hidup bukanlah kilang untuk kita melakukan perkara yang sama berulang-ulang. Mengembaralah menuntut ilmu dan berkongsilah untuk kita lebih memaknai sebuah kehidupan.

Sumber: Keratan Akhbar Kosmo! 

Pengkhususan kami adalah membantu dan memudahkan para penulis menerbitkan buku sendiri dengan menyediakan khidmat penerbitan buku self publish, konsultansi penulisan dan percetakan buku.

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Pena Padi Publication

Adress/Street

No 22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

Phone number

+(60)019-4501495

Website

www.penapadi.com

info@penapadi.com