Pena Padi

Penerbitan Buku

Konsultansi Penulisan

Printing Bahan Cetak

Workshop/Seminar

Hi, Selamat datang,
Penerbitan Buku, Konsultansi Penulisan dan Percetakan.

Pena Padi adalah sebuah syarikat penerbitan yang menawarkan khidmat penerbitan buku self publish, konsultansi penulisan dan percetakan buku. Tiga P's adalah ruang skop utama kami dalam membantu klien menghasilkan karya dan menjual karya mereka di pasaran terbuka, 3 P tersebut adalah "PENULISAN", "PENERBITAN", dan "PEMASARAN". Pena Padi juga aktif dalam menganjurkan seminar resensi buku dan workshop "sharpen the saw" bagi mengasah bakat dan menambah skil penulisan dan skil jualan bagi memenuhi keperluan semasa.

What We Do
Penerbitan Buku

Pena Padi menawarkan perkhidmatan penerbitan buku secara self-publish. Team kami akan menambah nilai dengan memberi konsultansi terbaik sesuai dengan kehendak klien

Konsultansi Penulisan

Proof Reading dan Content Editting adalah antara perkhidmatan yang kami tawarkan. Manuskrip akan dibedah dan ditambahbaik sesuai dengan kehendak pasaran.

Ghostwriting

Pena Padi menawarkan perkhidmatan penulisan buku dari kosong sehingga siap untuk klien. Team kami akan mengadakan sesi interview bersama klien dan kami membantu menulisan dan melengkapkan penulisan.

Percetakan

Percetakan buku serendah 100 unit adalah antara pakej yang ditawarkan. Pena Padi membantu mencetak buku klien mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pastinya Pena Padi akan turut memberi konsultansi percuma mengenai percetakan sesuai dengan keperluan klien.

Seminar/Workshop

Pena Padi menawarkan slot Bicara Inspirasi dunia penulisan, Sesi Resensi bedah buku penulis dan workshop pilihan berkaitan penulisan, penerbitan dan pemasaran buku.

Design

Kami membuka tawaran design cover buku dan design layout dalaman buku sebagai book grooming agar buku yang dilahirkan mampu menarik perhatian sasaran pelanggan.

Recent Works

Buku Mentaliti Jamban Tetap Menjadi Pilihan Pembaca

Buku Mentaliti Jamban
Kredit Gambar The Vocket
Buku Mentaliti Jamban. Naskah Khairul Abdullah ini yang diterbitkan pada tahun 2016 terus menjadi pilihan peminat buku. Buku ini dihasilkan dari pemerhatian penulis mengenai sikap rakyat Malaysia dengan sikap rakyat di negara luar.

Penulis pernah menetap dan bekerja di Jerman dan telah melawat banyak negara secara backpackers.
Bahasanya mudah seperti sedang bersembang ilmiah dengan seorang abang, mesejnya sampai dengan kata kunci common sense. Bagi sesiapa yang biasa didedahkan dengan dunia luar pasti tersimpan dan terbuku sepertimana apa yang mahu disampaikan penulis dalam buku ini.

Penggunaan kata nama abang membuatkan pembaca lebih dekat dengan buku ini. Ada teguran yang mungkin pedih atau buat kita sentap ketika membacanya. Namun semua memberi manfaat untuk baiki diri.

Perlu dibaca dengan hati dan fikiran terbuka. Buku Mentaliti Jamban ini boleh didapati di kedai buku berhampiran. 

APA ITU ISBN DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKANNYA


Mendapatkan ISBN dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) benar-benar mudah dan apa yang lebih menarik adalah ianya percuma!

APA ITU ISBN?

ISBN bermaksud International Standard Book Number. ISBN diperlukan untuk setiap penerbitan buku kecuali pencetakan semula judul dan edisi yang sama. Ia bermaksud bahawa penerbitan e-book, paperback dan hardcover anda semua memerlukan ISBN yang berbeza.


MENGAPA ANDA MEMERLUKANNYA?

ISBN adalah seperti IC buku anda. PNM akan menyimpan data base buku anda dan Ia memudahkan pihak lain mencari buku anda.

Selain daripada itu, ia adalah cara paling cepat dan mudah untuk mengesan dan mengkatalogkan buku anda.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, beberapa peruncit dalam talian mempunyai sistem penjejakan mereka sendiri dan tidak memerlukan ISBN, tetapi anda juga boleh menghubungkan ISBN ke buku yang dijual di platform tersebut jika anda mahu. Mereka (bermaksud Amazon dan Google Play) boleh pergi jauh kerana ia cukup besar.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN ISBN?

Pertama sekali, pergi ke halaman ini di PNM: http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/18

Di situ anda perlu muat turun 2 borang.
1)     Borang Pendaftaran Program ISBN
2)     Borang Permohonan ISBN

Isi kedua dua borang tersebut
Kemudian lampirkan dokumen sokongan berikut
1)     Salinan IC
2)     Salinan Helaian Depan (Helaian Copyright)

Jika anda mencetak buku anda, anda perlu menambah nama pencetak. Jika anda menerbitkannya sebagai ebook, anda mengisi laman web tersebut, mis. E-Sentral.com.my, Amazon.com, dsb.
 
Anda juga perlu menyediakan anggaran tarikh penerbitan. Anda juga boleh mengisi bulan yang anda sasarkan untuk menerbitkannya, tidak memerlukan tarikh yang tepat.
 
Ini kerana anda perlu menyerahkan buku / ebook terbitan anda dalam masa 30 hari dari tarikh itu. Jika ada masalah dan ia sangat tertunda, anda boleh didenda sehingga RM3,000!
 
E-mel segala borang dan dokumen tersebut kepada PNM (isbn@pnm.gov.my).
 
Ingat bahawa anda perlu mengemukakan 5 salinan buku cetak atau 2 CD e-buku anda kepada PNM dalam tempoh 30 hari selepas penerbitan. 

Itu sahaja!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Acara Dinanti Peminat Buku

pesta buku antarabangsa kuala lumpur
Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Pesta Buku Frankfurt, London, Toronto, Beijing dan lain-lain. Kehebatan pesta buku peringkat antarabangsa ini memberi kesan yang cukup besar kepada negara yang menganjurkannya. Namun tidak kurang juga dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL.

PBAKL merupakan pesta buku yang terbesar di peringkat Asia Tenggara. Rakyat harus berbangga kerana pesta buku ini juga bertaraf antarabangsa yang dianggap kejayaan buat negara.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Dinanti Semua

Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sememangnya dinantikan oleh peminat buku tempatan. Acara tahunan yang mula dianjurkan pada 1982 ini menarik minat peminat buku untuk datang ke sini.

Mungkin ada pengunjung yang datang ke sini tidak pernah pergi ke kedai buku. Namun dengan pengisian beberapa program sampingan telah menarik minat generasi muda untuk mengunjunginya.

Tahun ini sekali lagi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi lokasi untuk PBAKL2019 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April 2019. PBAKL sebenarnya menjadi pendedahan awal buat generasi muda dalam memupuk minat membaca buku.

PBAKL merupakan kesempatan terbaik untuk mendedahkan rakyat Malaysia terhadap buku sesuai dengan tema #MalaysiaMembaca.

Memandangkan PBAKL telah dikenali dan mendapat perhatian banyak pihak, pihak penerbit buku atau penulis buku sendiri harus menyajikan karya yang berkualiti dan bukan setakat "tangkap muat". Ini supaya dapat memartabatkan lagi industri buku negara.

Facebook PBAKL

Kedai Your Language Books Corner (YLBC) Singgahan Peminat Buku Langka

Your Language Books Corner

Anda peminat buku terpakai? Jika anda bercuti di pulau lagenda Langkawi, usah lepaskan peluang untuk singgah di Your Language Books Corner (YBLC)
 
Kedai milik  Mashhor Salleh terletak di Pantai Cenang ini mempunyai deretan buku terpakai dari lebih 20 bahasa. YLBC tidak menjual buku baharu.

Semua buku di sini adalah buku terpakai yang dibeli daripada pembekal istimewa. Di sini juga menjalankan konsep pertukaran buku iaitu pengunjung boleh memberikan dua buah buku mereka dengan memilih salah satu daripada buku di sini

Your Language Books Corner Tumpuan Peminat Buku Langka


Buku yang dijual di YLBC dipecahkan kepada pelbagai genre. Majoritinya adalah novel, karya fiksyen atau buku panduan pelancongan.

Selain bahasa Melayu dan Inggeris, kaki buku akan menemui naskah dalam bahasa Finland, Denmark, Sweden, Itali, Poland, Rusia, Slovakia, Norway, Jepun dan Korea.

Di setiap rak, tersusun rapi buku-buku pelbagai judul dan bahasa.

Papan tanda mini memaparkan nama-nama negara pula digantung bersama tali yang diikat pada siling. Biarpun ruangnya terhad, susun atur buku mengikut tulisan bahasa dan negara di susun kemas.


Your Language Books Corner
YLBC turut membeli kembali buku daripada pelancong yang sudah selesai membaca dan ramai yang menderma ke premisnya sebelum pulang ke tanah air masing-masing.

Secara tidak langsung, premisnya menjadi lokasi pertukaran maklumat dan tarikan pelancongan di pulau legenda itu.


Alamat:
Lot 1230 Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

Facebook : YLBC

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Pena Padi Publication

Adress/Street

No 22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

Phone number

+(60)019-4501495

Website

www.penapadi.com

info@penapadi.com