Pena Padi

Penerbitan Buku

Konsultansi Penulisan

Printing Bahan Cetak

Workshop/Seminar

Saturday, November 16, 2019

AL FATIHAH: TUJUH AYAT YANG SERING DIULANGI


AL FATIHAH

Tujuh Ayat Yang Sering Diulangi

Al-Fatihah, walaupun hanya satu surah yang pendek tetapi menjadi intipati utama di dalam Al-Quran. Konsep Allah sebagai sumber belas kasihan yang tidak penghujung, konsep pujian bagi Allah, konsep Allah Tuhan sekalian alam, konsep Allah pemilik Hari Akhirat, konsep Allah yang hanya layak disembah, konsep Allah sahaja yang hanya layak menjadi tempat bergantung dan mampu menunjukkan jalan yang lurus dan benar, mampu diungkapkan dalam surah ini.

Buku ini mengandungi 13 bahagian. Pengenalan ini akan memberikan kerangka buku, dan diikuti oleh mukadimah berkenaan dengan Al-Quran yang membincangkan asbab Al-Quran diturunkan sebagai mesej terakhir di Semenanjung Tanah Arab. Memandangkan buku ini akan cuba untuk memberikan terjemahan yang paling tepat, keabsahan terjemahan Al-Quran Al-Kareem ini dibincangkan dalam bab yang pertama.

Bab kedua akan membincangkan signifikan dan kepentingan surah ini. Seterusnya diikuti dengan bab yang ke-3 yang menghuraikan berkenaan memohon perlindungan Allah dari syaitan (Al-Istiadzah). Bab yang ke-4 pula berbincang berkenaan Al-Basmalah, iaitu membaca dengan nama Allah. Bab ke-5 pula dibincangkan pula tentang ayat pujian, Al-Hamdalah. Ini juga dilanjutkan dalam bab ke-6 dengan menghuraikan nama Allah yang hebat iaitu Al-Rahman Al-Rahim.

Salah satu ayat yang terpanjang dalam buku ini adalah bab yang ke-7. Bab ini membincangkan tentang pemilik Hari Akhirat, iaitu Maliki Yawmiddin. Isi utama Al-Fatihah pula diceritakan dalam bab yang ke-8 iaitu Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in, di mana ia terletaknya teras utama kepercayaan tauhid. Dalam bab yang ke-9, tunjukkilah kami jalan yang benar atau Ihdina Al-Sirat Al-Mustaqim telah dibincangkan, kemudian bab ke-10 membincangkan mereka yang berada di atas jalan ini iaitu dalam ayat Sirat Al-ladzina An’amta ‘Alaihim Ghair Al-Maghdhubi ‘Alaihim Waladhalin. Itulah yang mengakhiri surah Al-Fatihah, namun dalam bab ke-11, perkataan Ameen telah dibincangkan.

Dalam bahagian yang terakhir buku ini, satu cadangan terjemahan telah dibentangkan dengan beberapa refleksi penutup. Kami berharap agar buku ini mampu membantu para pembaca untuk memahami Al-Fatihah dengan lebih baik dan seterusnya memahami Al-Quran dan Islam.

Buku ini boleh didapati di kedai online Pena Padi
Boleh hubungi kami di sini:

+60 11-5979 8040- Pena Padi
+60 11-5979 8040- Pena Padi
+60 11-5979 8040- Pena Padi

Atau tekan sahaja link di bawah

https://wa.me/601159798040?text=alfatihah


Pengkhususan kami adalah membantu dan memudahkan para penulis menerbitkan buku sendiri dengan menyediakan khidmat penerbitan buku self publish, konsultansi penulisan dan percetakan buku.

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Pena Padi Publication

Adress/Street

No 22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

Phone number

+(60)019-4501495

Website

www.penapadi.com

info@penapadi.com