Pena Padi

Penerbitan Buku

Konsultansi Penulisan

Printing Bahan Cetak

Workshop/Seminar

Wednesday, November 21, 2018

MAWADDAH PERMATA ISTIMEWA

Buku Mawaddah Yang Istimewa Dirasmikan Oleh Ustaz Pahrol Juoi

Setiap kali menerima manuskrip daripada penulis, saya akan membelek-beleknya terlebih dahulu. Saat saya membaca sekali lalu bait-bait dalam manuskrip Mawaddah Yang Istimewa ini, bacaan saya terhenti pada lampiran gambar-gambar seorang anak kecil. Tanpa dipinta, mutiara jernih sudah bertakung dalam kelopak mata.

"Aduh, bolehkah aku terus buat ni?" soal saya seorang diri. Jiwa mulai goyah untuk meneruskan kerja-kerja menyusun atur isi manuskrip itu sebelum dicetak. Risau andai air mata sahaja yang asyik keluar, bukan buku yang keluar nanti.

Hati saya tersentuh melihat gambar-gambar dan kisah-kisah si kecil bernama Mawaddah yang dikurniakan sejenis sindrom yang jarang-jarang ditemui iaitu Wolf-Hirchhorn Syndrome (WHS). Inilah sebuah kisah perjuangan hebat yang dilalui oleh Dr. Mahyudin Ahmad & Puan Asmin sekeluarga sepanjang membesarkan anak mereka yang istimewa ini.

Saya masih ingat kata-kata adik Puan Asmin (Teh Ma) yang dinukilkan di dalam buku ini, Mawaddah ini merupakan ‘Tetamu VIP’ yang diutus Allah untuk ummi dan ayah di dunia ini.

Mawaddah Bersama Ustaz Pahrol Juoi

Kata-kata yang menyentuh jiwa. Kadang-kala, kita menganggap orang yang serba kekurangan sama ada dari aspek jasad, akal, harta dan sebagainya ini hanya 'masalah' dan 'sampah' sahaja. Namun, jika dipandang dari sudut rohaniah, Allah sebenarnya hadirkan mereka untuk memberikan pahala lebih untuk kita. Ya, sememangnya mereka tetamu VIP! Mungkin kerana mereka, kita ke Syurga.

Syukur, buku ini telah siap dicetak dan bersedia untuk menemui para pembacanya. Buku ini telah dilancarkan bersama tetamu istimewa, Ustaz Pahrol Ahmad Juoi baru-baru ini di Himpunan Sahabat Penulis Zakat Kedah. Bagi yang ingin memiliki buku Mawaddah Yang Istimewa ini, boleh hubungi terus penulis terus di Facebook beliau.

Facebook - Mahyudin Ahmad 
Facebook Page - Mawaddah Yang Istimewa


Samara Yusuf
Penulis dan Editor Pena Padi

Pengkhususan kami adalah membantu dan memudahkan para penulis menerbitkan buku sendiri dengan menyediakan khidmat penerbitan buku self publish, konsultansi penulisan dan percetakan buku.

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Pena Padi Publication

Adress/Street

No 22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

Phone number

+(60)019-4501495

Website

www.penapadi.com

info@penapadi.com