Pena Padi

Penerbitan Buku

Konsultansi Penulisan

Printing Bahan Cetak

Workshop/Seminar

Hi, Selamat datang,
Penerbitan Buku, Konsultansi Penulisan dan Percetakan.

Pena Padi adalah sebuah syarikat penerbitan yang menawarkan khidmat penerbitan buku self publish, konsultansi penulisan dan percetakan buku. Tiga P's adalah ruang skop utama kami dalam membantu klien menghasilkan karya dan menjual karya mereka di pasaran terbuka, 3 P tersebut adalah "PENULISAN", "PENERBITAN", dan "PEMASARAN". Pena Padi juga aktif dalam menganjurkan seminar resensi buku dan workshop "sharpen the saw" bagi mengasah bakat dan menambah skil penulisan dan skil jualan bagi memenuhi keperluan semasa.

What We Do
Penerbitan Buku

Pena Padi menawarkan perkhidmatan penerbitan buku secara self-publish. Team kami akan menambah nilai dengan memberi konsultansi terbaik sesuai dengan kehendak klien

Konsultansi Penulisan

Proof Reading dan Content Editting adalah antara perkhidmatan yang kami tawarkan. Manuskrip akan dibedah dan ditambahbaik sesuai dengan kehendak pasaran.

Ghostwriting

Pena Padi menawarkan perkhidmatan penulisan buku dari kosong sehingga siap untuk klien. Team kami akan mengadakan sesi interview bersama klien dan kami membantu menulisan dan melengkapkan penulisan.

Percetakan

Percetakan buku serendah 100 unit adalah antara pakej yang ditawarkan. Pena Padi membantu mencetak buku klien mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pastinya Pena Padi akan turut memberi konsultansi percuma mengenai percetakan sesuai dengan keperluan klien.

Seminar/Workshop

Pena Padi menawarkan slot Bicara Inspirasi dunia penulisan, Sesi Resensi bedah buku penulis dan workshop pilihan berkaitan penulisan, penerbitan dan pemasaran buku.

Design

Kami membuka tawaran design cover buku dan design layout dalaman buku sebagai book grooming agar buku yang dilahirkan mampu menarik perhatian sasaran pelanggan.

Recent Works

Buku Mentaliti Jamban Tetap Menjadi Pilihan Pembaca

Buku Mentaliti Jamban
Kredit Gambar The Vocket
Buku Mentaliti Jamban. Naskah Khairul Abdullah ini yang diterbitkan pada tahun 2016 terus menjadi pilihan peminat buku. Buku ini dihasilkan dari pemerhatian penulis mengenai sikap rakyat Malaysia dengan sikap rakyat di negara luar.

Penulis pernah menetap dan bekerja di Jerman dan telah melawat banyak negara secara backpackers.
Bahasanya mudah seperti sedang bersembang ilmiah dengan seorang abang, mesejnya sampai dengan kata kunci common sense. Bagi sesiapa yang biasa didedahkan dengan dunia luar pasti tersimpan dan terbuku sepertimana apa yang mahu disampaikan penulis dalam buku ini.

Penggunaan kata nama abang membuatkan pembaca lebih dekat dengan buku ini. Ada teguran yang mungkin pedih atau buat kita sentap ketika membacanya. Namun semua memberi manfaat untuk baiki diri.

Perlu dibaca dengan hati dan fikiran terbuka. Buku Mentaliti Jamban ini boleh didapati di kedai buku berhampiran. 

APA ITU ISBN DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKANNYA


Mendapatkan ISBN dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) benar-benar mudah dan apa yang lebih menarik adalah ianya percuma!

APA ITU ISBN?

ISBN bermaksud International Standard Book Number. ISBN diperlukan untuk setiap penerbitan buku kecuali pencetakan semula judul dan edisi yang sama. Ia bermaksud bahawa penerbitan e-book, paperback dan hardcover anda semua memerlukan ISBN yang berbeza.


MENGAPA ANDA MEMERLUKANNYA?

ISBN adalah seperti IC buku anda. PNM akan menyimpan data base buku anda dan Ia memudahkan pihak lain mencari buku anda.

Selain daripada itu, ia adalah cara paling cepat dan mudah untuk mengesan dan mengkatalogkan buku anda.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, beberapa peruncit dalam talian mempunyai sistem penjejakan mereka sendiri dan tidak memerlukan ISBN, tetapi anda juga boleh menghubungkan ISBN ke buku yang dijual di platform tersebut jika anda mahu. Mereka (bermaksud Amazon dan Google Play) boleh pergi jauh kerana ia cukup besar.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN ISBN?

Pertama sekali, pergi ke halaman ini di PNM: http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/18

Di situ anda perlu muat turun 2 borang.
1)     Borang Pendaftaran Program ISBN
2)     Borang Permohonan ISBN

Isi kedua dua borang tersebut
Kemudian lampirkan dokumen sokongan berikut
1)     Salinan IC
2)     Salinan Helaian Depan (Helaian Copyright)

Jika anda mencetak buku anda, anda perlu menambah nama pencetak. Jika anda menerbitkannya sebagai ebook, anda mengisi laman web tersebut, mis. E-Sentral.com.my, Amazon.com, dsb.
 
Anda juga perlu menyediakan anggaran tarikh penerbitan. Anda juga boleh mengisi bulan yang anda sasarkan untuk menerbitkannya, tidak memerlukan tarikh yang tepat.
 
Ini kerana anda perlu menyerahkan buku / ebook terbitan anda dalam masa 30 hari dari tarikh itu. Jika ada masalah dan ia sangat tertunda, anda boleh didenda sehingga RM3,000!
 
E-mel segala borang dan dokumen tersebut kepada PNM (isbn@pnm.gov.my).
 
Ingat bahawa anda perlu mengemukakan 5 salinan buku cetak atau 2 CD e-buku anda kepada PNM dalam tempoh 30 hari selepas penerbitan. 

Itu sahaja!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Acara Dinanti Peminat Buku

pesta buku antarabangsa kuala lumpur
Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Pesta Buku Frankfurt, London, Toronto, Beijing dan lain-lain. Kehebatan pesta buku peringkat antarabangsa ini memberi kesan yang cukup besar kepada negara yang menganjurkannya. Namun tidak kurang juga dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL.

PBAKL merupakan pesta buku yang terbesar di peringkat Asia Tenggara. Rakyat harus berbangga kerana pesta buku ini juga bertaraf antarabangsa yang dianggap kejayaan buat negara.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Dinanti Semua

Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sememangnya dinantikan oleh peminat buku tempatan. Acara tahunan yang mula dianjurkan pada 1982 ini menarik minat peminat buku untuk datang ke sini.

Mungkin ada pengunjung yang datang ke sini tidak pernah pergi ke kedai buku. Namun dengan pengisian beberapa program sampingan telah menarik minat generasi muda untuk mengunjunginya.

Tahun ini sekali lagi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi lokasi untuk PBAKL2019 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April 2019. PBAKL sebenarnya menjadi pendedahan awal buat generasi muda dalam memupuk minat membaca buku.

PBAKL merupakan kesempatan terbaik untuk mendedahkan rakyat Malaysia terhadap buku sesuai dengan tema #MalaysiaMembaca.

Memandangkan PBAKL telah dikenali dan mendapat perhatian banyak pihak, pihak penerbit buku atau penulis buku sendiri harus menyajikan karya yang berkualiti dan bukan setakat "tangkap muat". Ini supaya dapat memartabatkan lagi industri buku negara.

Facebook PBAKL

Kedai Your Language Books Corner (YLBC) Singgahan Peminat Buku Langka

Your Language Books Corner

Anda peminat buku terpakai? Jika anda bercuti di pulau lagenda Langkawi, usah lepaskan peluang untuk singgah di Your Language Books Corner (YBLC)
 
Kedai milik  Mashhor Salleh terletak di Pantai Cenang ini mempunyai deretan buku terpakai dari lebih 20 bahasa. YLBC tidak menjual buku baharu.

Semua buku di sini adalah buku terpakai yang dibeli daripada pembekal istimewa. Di sini juga menjalankan konsep pertukaran buku iaitu pengunjung boleh memberikan dua buah buku mereka dengan memilih salah satu daripada buku di sini

Your Language Books Corner Tumpuan Peminat Buku Langka


Buku yang dijual di YLBC dipecahkan kepada pelbagai genre. Majoritinya adalah novel, karya fiksyen atau buku panduan pelancongan.

Selain bahasa Melayu dan Inggeris, kaki buku akan menemui naskah dalam bahasa Finland, Denmark, Sweden, Itali, Poland, Rusia, Slovakia, Norway, Jepun dan Korea.

Di setiap rak, tersusun rapi buku-buku pelbagai judul dan bahasa.

Papan tanda mini memaparkan nama-nama negara pula digantung bersama tali yang diikat pada siling. Biarpun ruangnya terhad, susun atur buku mengikut tulisan bahasa dan negara di susun kemas.


Your Language Books Corner
YLBC turut membeli kembali buku daripada pelancong yang sudah selesai membaca dan ramai yang menderma ke premisnya sebelum pulang ke tanah air masing-masing.

Secara tidak langsung, premisnya menjadi lokasi pertukaran maklumat dan tarikan pelancongan di pulau legenda itu.


Alamat:
Lot 1230 Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

Facebook : YLBC

INILAH HIDUP MEMBAWA MEMOIR INDAH ORANG DULU-DULU

Inilah Hidup Sebuah Karya Robizan Salim


"Pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan." Sebaris ayat yang membuatkan saya berbisik sendirian, 'Mendalam sungguh kata-kata Puan Robizan Salim'.

Buku INILAH HIDUP merupakan kompilasi kisah hidup penulis, Puan Robizan Salim. Ia cukup sarat dengan pengajaran & motivasi kehidupan. Kekuatan buku ini ialah ia lengkap dengan kisah sebagai seorang anak, remaja, anak dara, pelajar, pekerja, ibu sehinggalah beliau bergelar opah yang semuanya dilalui oleh seorang manusia bernama Robizan Salim.

Sewaktu menerima manuskrip ini untuk proses suntingan, saya amat tertarik dengan cerita-cerita penulis ketika era 60-an sehingga 90-an kerana saya belum wujud lagi ketika itu & masih kecil ketika era 90-an.

Seronok membaca kisah-kisah orang dulu. Bahkan, cerita-cerita sebegini telah menjentik hati saya untuk menghargai kehidupan yang ada sekarang sebagai anak muda.

Loghat Perak yang dibawa dalam penulisan ini benar-benar menggeletek hati dan membantu membawa “feel” seperti orang Perak.

Secara keseluruhannya buku ini sememangnya puas dibaca.

Buku ini sedang hangat di pasaran. Saya sudah membacanya berulang kali & puas dengan isi kandungannya. Saya amat sarankan buku ini dimiliki oleh semua orang, dapatkan segera sebelum kehabisan stok.
 
Penulis Bersama Ustaz Pahrol Juoi

Sesiapa yang berhajat untuk memiliki buku ini, boleh terus hubungi Puan Robizanchor Mai.

Samara Yusuf
Penulis dan Editor Pena Padi

MAWADDAH PERMATA ISTIMEWA


Buku Mawaddah Yang Istimewa Dirasmikan Oleh Ustaz Pahrol Juoi

Setiap kali menerima manuskrip daripada penulis, saya akan membelek-beleknya terlebih dahulu. Saat saya membaca sekali lalu bait-bait dalam manuskrip Mawaddah Yang Istimewa ini, bacaan saya terhenti pada lampiran gambar-gambar seorang anak kecil. Tanpa dipinta, mutiara jernih sudah bertakung dalam kelopak mata.

"Aduh, bolehkah aku terus buat ni?" soal saya seorang diri. Jiwa mulai goyah untuk meneruskan kerja-kerja menyusun atur isi manuskrip itu sebelum dicetak. Risau andai air mata sahaja yang asyik keluar, bukan buku yang keluar nanti.

Hati saya tersentuh melihat gambar-gambar dan kisah-kisah si kecil bernama Mawaddah yang dikurniakan sejenis sindrom yang jarang-jarang ditemui iaitu Wolf-Hirchhorn Syndrome (WHS). Inilah sebuah kisah perjuangan hebat yang dilalui oleh Dr. Mahyudin Ahmad & Puan Asmin sekeluarga sepanjang membesarkan anak mereka yang istimewa ini.

Saya masih ingat kata-kata adik Puan Asmin (Teh Ma) yang dinukilkan di dalam buku ini, Mawaddah ini merupakan ‘Tetamu VIP’ yang diutus Allah untuk ummi dan ayah di dunia ini.

Mawaddah Bersama Ustaz Pahrol Juoi

Kata-kata yang menyentuh jiwa. Kadang-kala, kita menganggap orang yang serba kekurangan sama ada dari aspek jasad, akal, harta dan sebagainya ini hanya 'masalah' dan 'sampah' sahaja. Namun, jika dipandang dari sudut rohaniah, Allah sebenarnya hadirkan mereka untuk memberikan pahala lebih untuk kita. Ya, sememangnya mereka tetamu VIP! Mungkin kerana mereka, kita ke Syurga.

Syukur, buku ini telah siap dicetak dan bersedia untuk menemui para pembacanya. Buku ini telah dilancarkan bersama tetamu istimewa, Ustaz Pahrol Ahmad Juoi baru-baru ini di Himpunan Sahabat Penulis Zakat Kedah. Bagi yang ingin memiliki buku Mawaddah Yang Istimewa ini, boleh hubungi terus penulis terus di Facebook beliau.

Facebook - Mahyudin Ahmad 
Facebook Page - Mawaddah Yang Istimewa


Samara Yusuf
Penulis dan Editor Pena Padi

AKAN DATANG: SAYONARA KAMPUNG BAHRU



Karya terbaru Kaizan Nazlan berjudul "Sayonara Kampung Bahru" bakal terbit tidak lama lagi. Buku terbitan Pena Padi ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember 2018.

Kampung Bahru? siapa yang tidak tahu. Sebuah perkampungan melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sering kali menjadi perhatian pelabur-pelabur hartanah dan kunjungan pelancong-pelancong luar.

Mana tidaknya, dek kerana faktor lokasinya yang berada di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur menjadikan ia unik di mata ramai. 

Selain daripada itu Kampung Bahru turut dikenali sebagai port syurga makanan. Setiap hujung minggu pasti penuh dan padat.

Namun apa yang ingin diketengahkan dalam buku ini bukanlah soal lokasinya yang strategik dan bukan juga soal makanannya yang sedap. Ia lebih daripada itu.

Dalam buku "Sayonara Kampung Bahru" ia bukan sahaja mengenai mengenai kampung melayu itu. Tetapi penulis mengetengahkan isu-isu panas yang dialami oleh kaum melayu bumiputera di Malaysia.

Nantikan sesi resensi "Sayonara Kampung Bahru". Untuk mengetahui lebih mengenai buku yang bakal mengundang kontroversi ini.



*****


"Khasiat buku ini adalah anda akan merasa pahit dengan kebenaran, manis dengan kejujuran. Kedua-duanya adalah ubat memberi kebaikan kepada akal fikiran"

Tiga prolog dikongsikan sebagai buah mula pembacaan buku ini.

PERBEZAAN APABILA CINA DAN MELAYU MATI
“Satu Cina mati, satu jutawan dilahirkan, satu Melayu mati, satu tanah terpaksa digadaikan” Begitulah kata-kata seorang kenalan berbangsa Cina.


ANTARA DUA DARJAT
“Tanah ini dulunya milik kita, tetapi banyaknya pemilik condo-condo ini bukanlah dalam kalangan orang melayu kita. Tetapi orang-orang luar yang bekerja dan menetap di Malaysia. Hanya mereka yang berduit dan orang berpangkat yang duduk di condo itu”


KALAU BUKAN KITA MENGANGKAT, SIAPA LAGI? 
Tidak perlu untuk sajikan pulut kuning dan bunga telur di setiap majlis keramain untuk mengatakan kita ini melayu. Tidak perlu juga menjunjung keris dan megucupnya di setiap perhimpunan untuk menunjukkan kita ini pejuang melayu.

Tetapi cukuplah dengan memperbaiki “janji” kita.
“JANJI MELAYU”


Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Pena Padi Publication

Adress/Street

No 22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

Phone number

+(60)019-4501495

Website

www.penapadi.com

info@penapadi.com