APA ITU ISBN DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKANNYA
APA ITU
ISBN?
ISBN bermaksud International Standard Book Number. ISBN diperlukan untuk
setiap penerbitan buku kecuali pencetakan semula judul dan edisi yang sama. Ia bermaksud
bahawa penerbitan e-book, paperback dan hardcover anda semua memerlukan ISBN
yang berbeza.
MENGAPA ANDA
MEMERLUKANNYA?
ISBN adalah seperti IC buku anda. PNM akan menyimpan data base buku anda
dan Ia memudahkan pihak lain mencari buku anda.
Selain daripada itu, ia adalah cara paling cepat dan mudah untuk mengesan
dan mengkatalogkan buku anda.
Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, beberapa peruncit dalam talian
mempunyai sistem penjejakan mereka sendiri dan tidak memerlukan ISBN, tetapi
anda juga boleh menghubungkan ISBN ke buku yang dijual di platform tersebut
jika anda mahu. Mereka (bermaksud Amazon dan Google Play) boleh pergi jauh
kerana ia cukup besar.
BAGAIMANA
CARA UNTUK MENDAPATKAN ISBN?
Pertama sekali, pergi ke halaman ini di PNM: http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/18
Di situ anda perlu muat turun 2 borang.
1) Borang
Pendaftaran Program ISBN
2) Borang
Permohonan ISBN
Isi
kedua dua borang tersebut
Kemudian
lampirkan dokumen sokongan berikut
1)
Salinan IC
2)
Salinan Helaian Depan (Helaian Copyright)
Jika anda mencetak buku anda, anda perlu menambah nama pencetak. Jika anda menerbitkannya sebagai ebook, anda mengisi laman web tersebut, mis. E-Sentral.com.my, Amazon.com, dsb.
Anda juga perlu menyediakan anggaran tarikh penerbitan. Anda juga boleh mengisi bulan yang anda sasarkan untuk menerbitkannya, tidak memerlukan tarikh yang tepat.
Ini kerana anda perlu menyerahkan buku / ebook terbitan anda dalam masa 30 hari dari tarikh itu. Jika ada masalah dan ia sangat tertunda, anda boleh didenda sehingga RM3,000!
E-mel segala borang dan dokumen tersebut kepada PNM (isbn@pnm.gov.my).
Ingat bahawa anda perlu mengemukakan 5 salinan buku cetak atau 2 CD e-buku anda kepada PNM dalam tempoh 30 hari selepas penerbitan.
Itu sahaja!
0 comments:
Post a Comment